Lebih Ramai Pengundi Cina DiJangka Sokong BN

October 16, 2010 § Leave a comment

GUA MUSANG 16 Okt – Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yakin lebih ramai pengundi kaum Cina akan membuat sokongan terbuka kepada Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa kepada mereka menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 Nov ini.

Katanya walaupun pada pilihan raya umum lepas pengundi Cina menolak BN kerana timbul pelbagai isu yang mempengaruhi mereka tetapi keadaan itu melibatkan semua kawasan di negara ini dan bukan di Gua Musang sahaja.

Dr Ng, yang juga Menteri Pelancongan, berkata bagaimanapun keadaan yang berlaku itu sudah berubah apabila mereka mendapat pendedahan yang lebih positif terhadap kemajuan dan ekonomi negara masa kini.

Beliau berkata mereka turut menilai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 semalam yang menyebut peruntukan RM250 bilion khusus untuk pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Agama di seluruh negara.

“Ini membuktikan kerajaan BN memberi perhatian terhadap kemajuan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan dengan jentera pilihan raya MCA Bahagian Gua Musang, di Dewan MCA Kampung Baru,
di sini hari ini.

Dr Ng berkata beliau sendiri menerima respon terbaik daripada pengundi Cina di DUN Galas yang akan beransur kembali menyokong BN kerana banyak lagi kemajuan yang akan dapat mereka nikmati kelak hasil komitmen kepimpinan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov berikutan kematian penyandangnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept lepas.

 

Leave a comment

What’s this?

You are currently reading Lebih Ramai Pengundi Cina DiJangka Sokong BN at Bicara Perjuangan Di Galas.

meta