Lebih Ramai Pengundi Cina DiJangka Sokong BN

October 16, 2010 § Leave a comment

GUA MUSANG 16 Okt – Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yakin lebih ramai pengundi kaum Cina akan membuat sokongan terbuka kepada Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa kepada mereka menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 Nov ini.

Katanya walaupun pada pilihan raya umum lepas pengundi Cina menolak BN kerana timbul pelbagai isu yang mempengaruhi mereka tetapi keadaan itu melibatkan semua kawasan di negara ini dan bukan di Gua Musang sahaja.

Dr Ng, yang juga Menteri Pelancongan, berkata bagaimanapun keadaan yang berlaku itu sudah berubah apabila mereka mendapat pendedahan yang lebih positif terhadap kemajuan dan ekonomi negara masa kini.

« Read the rest of this entry »

Empat Kelompok Sasaran Kempen – Tok Pa

October 16, 2010 § Leave a comment

GUA MUSANG 16 Okt – Umno Kelantan akan menumpukan perhatian terhadap empat kelompok pengundi pada sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kelompok tersebut ialah warga emas yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, wanita, pemuda dan golongan agama.

“Keempat-empat kelompok perlu didampingi kerana merupakan penentu kepada kejayaan parti dan strategi tertentu sudah diambil bagi tujuan itu,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kepada pemberita, selepas bermesyuarat dengan ketua jabatan kerajaan, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) berkata Umno Kelantan tidak mengambil mudah cabaran di Galas dan persiapan jentera akan dibuat secara tersusun.

“Saya selaku Timbalan Pengarah akan membantu (Pengarah jentera) Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan akan mengikut segala arahan bagi menjamin kemenangan BN,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan selepas penyandangnya dari parti PAS, Che Hashim Sulaima, 46, meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lalu.

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Okt ini dan pengundian pula dijadualkan pada 4 Nov.

 

Pilihan Raya Serentak Beri Tekanan Kepada Pembangkang

October 16, 2010 § Leave a comment

BACHOK 16 Okt – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, akan memberi tekanan kepada parti pembangkang dalam membentuk strategi kempennya sepanjang pilihan raya itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini juga akan mengurangkan kehadiran penyokong parti pembangkang berbanding jika pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu diadakan berasingan.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas iaitu hari penamaan calon pada 26 Okt manakala hari pengundian ialah pada 4 Nov.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu diambil berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini mengadakan pilihan raya kecil serentak di tiga kawasan iaitu di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

« Read the rest of this entry »

UMNO Kelantan Guna Khidmat Penceramah Orang Asli Dan Veteran Di Galas

October 15, 2010 § Leave a comment

KOTA BAHARU, 15 Okt – UMNO  Kelantan akan menggunakan khidmatpenceramah Orang Asli dan veteran Umno sepanjang kempen pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan Dali Hussin berkata, ini kerana peranan masyarakat Orang Asli dan veteran Umno sangat diperlukan untuk memberipenerangan sejelas-jelasnya kepada pengundi.

“Kita akan lihat siapa penceramah yang boleh menggalas tanggungjawab ini dankali ini tumpuan perlu diberi kepada pengundi Orang Asli dan juga pengundi yanglain melalui penceramah veteran ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Veteran UMNO Bahagian Pengkalan Chepa disini, hari ini.

Dali yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, berkata jentera penerangan UMNO sudah mula bergerak sejak Khamis lepas dengan mengadakan beberapa siri ceramah dan mengunjungi beberapa pos Orang Asli di DUN itu.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan pengundi Orang Asli tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar dan ketika berkempen di penempatan itu, jentera kempen telah diberikan sambutan meriah.

Dali yakin lebih 2,000 pengundi Orang Asli akan setia bersama BN berikutan pengaruh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang dilantik sebagai Pengarah Jentera BN bagi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, ChekHashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas. Penamaancalon ditetapkan pada 26 Okt ini manakala pengundian pada 4 Nov.

Penduduk Hulu Kelantan Risiko Demam Kepialu Dan Kencing Tikus

October 15, 2010 § Leave a comment

KUALA KRAI, 15 Okt – Penduduk yang tinggal di kawasan pedalamanhulu Kelantan yang menggunakan air sungai mengandungi lumpur berisiko tinggimenghidap penyakit bawaan air terutama demam kepialu dan kencing tikus.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Wan Mansor Wan Hamzahberkata ini termasuk mereka yang tinggal di Jajahan Gua Musang, Kuala Krai danTanah Merah yang kini tidak menggunakan air yang dirawat.

“Biasanya penyakit berkenaan menyerang penduduk selepas musim banjir,bermula bulan Januari hingga Mac selepas mandi dan minum,” katanya kepadapemberita ketika di temui di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai masalah yang dihadapi lebih 700 penduduk Rancangan Pemulihan Tanah (RPT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Sungai Samdi sini dan kawasan sekitarnya yang terpaksa menggunakan air sungai yang mengandungi lumpur akibat kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekalkan air bersih ke kawasan berkenaan.

Mereka kini terpaksa menggunakan air sungai berdekatan yang bercampur lumpurakibat pembukaan tanah di puncak bukit berhampiran kampung mereka sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Sungai Sam, Yusuf Mahmod berkata punca bekalan air tandak yang dibina empat tahun lepas di hulu Sungai Rakit dengan kos RM300,000 kini musnah akibat hakisan dari pembangunan di puncak bukit berkenaan.

Dr Wan Mansor berkata jabatannya akan mendidik penduduk kampung supayamenggunakan air itu mengikut kaedah yang betul seperti memasak dan menapis untuk membuang lumpur sebelum digunakan.

Kata beliau jabatannya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membolehkan bekalan air bersih disalurkan ke kawasan berkenaan terutamapenyediaan peralatan batang paip di dalam rumah.

Sementara itu jurucakap KESEDAR berkata, lembaga itu memperuntukkan lebihRM100,000 untuk membina saluran bekalan air tandak dari puncak bukit berkenaan ke kampung itu tetapi ia tidak dijamin selamat.

 

Orang Asli Kuala Betis Perlukan Air Bersih

October 15, 2010 § Leave a comment

GUA MUSANG 15 Okt. – Lebih 40 buah keluarga Orang Asli dari suku Temiar di Kampung Lambuk, Kuala Betis di sini berhadapan dengan keadaan sukar apabila sumber air tandak yang mereka nikmati sejak sekian lama telah tercemar dengan lumpur serta berbau busuk.

Pencemaran tersebut berlaku sejak tiga bulan lalu yang dikatakan berpunca daripada aktiviti sebuah syarikat ladang kelapa sawit “Ladang Rakyat” yang telah menebang semua pokok di situ yang sebelum ini menjadi perlindungan di kawasan tadahan air bukit berkenaan.

Lebih mendukacitakan, sisa pokok kayu berkenaan kemudiannya dikatakan dibuang ke dalam tadahan air tandak berkenaan sehingga berlaku pencemaran yang serius.

Penduduk mendakwa sejak masalah itu berlaku ramai daripada mereka terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit dan cirit birit sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Gua Musang.

« Read the rest of this entry »

Saiful DiLiwat Tanpa Kondom – Pakar Patalogi

October 15, 2010 § Leave a comment

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.

Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.

”Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.

Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.

Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.

Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.

Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.

Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.

Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?

SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.

NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?

SHEUE FENG: Ya.

Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.

”Tidak,” jawab saksi berkenaan.

NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?

SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.